PhotobucketCan U Feel My HeartbeatPhotobucket

Thursday, 27 October 2011

review hello stranger....



hai uolls... arini aq nak kongsi ngn korang pasal cerita HELLO STRANGER. mesti ramai antara korang yang dah tgk cerita ni kan. haha, aq baru je tgk, padahal da lame org tgk cite ni. movie ni dari thailand. pada mula, cam xberminat nak tengok. pas2 bile tgk trailer ok jugak cite ni. ley layan.... pada aq best la.suke suke suke cite ni. pengambaran cerite ni hampir 90% dekat korea.

ok. ni aq nak ceritaserba sedikit pasal sinopsis movie ni.


Hello Stanger ni berkisahkan tentang 2orang anak muda yang masing2 tak kenal antara 1 sama lain melakukan perjalanan ke korea.si lelaki melakukan perjalanan ke Korea semata-mata ingin melupakan kisah cintanya yang putus bersama satu group travel, manakala si perempuan pula yang sangat gemar menonton filem drama korea melakukan perjalanan ke Korea untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi lokasi pengambaran drama korea favoritnya, Winter Sonata sekaligus menghadiri pernikahan kawan nya yang berbangsa korea. Mungkin ditakdirkan tuhan atau hanya kebetulan, dua orang anak muda ini bertemu satu sama lain. si lelaki yang tersesat dan ditinggal oleh group travelnya bertemu dengan si perempuan. jadi si perempuan  inipun dengan terpaksa menghantar si lelaki itu kembali ke hotelnya disebabkan lelaki itu tidak tahu selok belok jalan di korea. Awalnya, si perempuan tidak begitu suka dengan kelakuan lelaki itu yang cerewet dan terlalu annoying, tapi dah nama cerita romantic, lama-lama kedua insan terbit perasaan dari sekadar teman menjadi lebih dari sekadar teman. Mereka mulai saling menceritakan kisah cintanya satu sama lain. Dan akhir dari film ini akan mempertanyakan, apakah kisah cinta mereka akan berlanjutan setelah mereka kembali ke Bangkok dengan satu sama lain tidak mengetahui nama masing-masing? Dan penonton pun akan dibawa untuk menjawab pertanyaan ini.


pelakon perempuan ni comel laaaa.....

 dua-dua sama cute ;)
lakonan dhanasevi and sophon, cute kan pasangan ni.


Wednesday, 26 October 2011

just have fun







Tuesday, 25 October 2011

melodies of life ❤






melodies of life (final fantasy ix) ❤

Alone for a while I've been searching through the dark,
For traces of the love you left inside my lonely heart.
To weave by picking up the pieces that remain.
Melodies of Life - Love's lost refrain.

Our paths they did cross, though I cannot say just why,
We met, we laughed, we held on fast, and then we said goodbye,
And who'll hear the echoes of stories never told?
Let them ring out loud till they unfold.

In my dearest memories, I see you reaching out to me.
Though you're gone, I still believe that you can call out my name.

A voice from the past, joining yours and mine.
Adding up the layers of harmony.
And so it goes, on and on.
Melodies of life.
To the sky beyond the flying birds - forever and beyond.

So far and away, see the bird as it flies by,
Gliding through the shadows of the clouds up in the sky,
I've laid my memories and dreams upon those wings.
Leave them now and see what tommorow brings.

In your dearest memories, do you remember loving me?
Was it fate that brought us close and now leaves me behind?

A voice from the past, joining yours and mine.
Adding up the layers of harmony.
And so it goes, on and on.
Melodies of life.
To the sky beyond the flying birds - forever and beyond.

If I should leave this lonely world behind.
Your voice will still remember our melody.
Now I know we'll carry on.
Melodies of Life.
Come circle round and grow deep in our hearts, as long as we remember













emosional petang2 ni dengar lagu adele.....btw gambar atas ni dah sah2 bukan gambar aq. aq xsekurus ni. nampak tulang lagi. aq lg kurus... hahaha...... xde maknenye aq kurus.

Monday, 24 October 2011

cinta jarak jauh ......



siapa kate hubungan jarak jauh atau dalam bahasa englishnye long distance relationship ni susah..xthn lame.. zaman skang dah modern. makin ramai yang bercinta ala2 jarak jauh ni. lagi2 pulak tambah ngn teknologi skang. xkisah la melalui internet ke, handphone ke,surat ke...memg dah xjadi masalah dah. nak dating pun bley, buka skype or ym. nampak muke buah hati. kalau nak hantar hadiah, arini hantar, esok dah sampai. sume nye ade kemudahan. sape kate xboleh borak lelame, skang zaman teknologi..dah xde istilah syg kredit hp. mcm2 pelan ade skang. yg cam aq guna ni, pelan digi easy prepaid. PERCUMA msg dan call. sepanjang hari. hah, hambek kau! call sampai pengsan pun bley. bape lame nak call, call la. hehe. sbenanye aq slh sorg yg menjalani hubungan jarak jauh ni....kitorang kenal dari 2005, kenal pun melalui 'manga kreko'..ms2 aq masih skolah menengah lg..sampaila skang,2011 still couple lg. nak jumpe memg payah. staun skali je jumpe.. sape kate xbest?? best tau lame2 xjumpe, pas2 bile jumpe memg lepas sume hazab rindu2. hehe. bf aq orang sabah, aq lak org johor..kalau nk jumpe tu memg kena kumpul wet bli tiket flight la...so far so gud. slame bercinta dekat 6taun lebih ni, xdela kitorg rase boring....sama skali xpenah. kalau gaduh2 kecik tu adelah. adat la kan... paling penting dlm hubungan jarak jauh ni adelah kepercayaan. tu paling penting. setia pun penting jugak.kalau korang ley handle cinta jarak jauh ni......siyes aq cakap. seronok weh...best!

ni lah jauh nye hubungan kami. xdelah jauh mane. ukur ngn pembaris, bape cm je pun.haha


kat sini ade beberape tips utk korg yang alami cinta jarak jauh cam kitorg ni....

PhotobucketJujur
-Sikap ini perlu ada dalam pasangan masing-masing, kerana kejujuran itulah pendinding kepada hubungan korang.
Photobucket Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap orang lain boleh mengugat kepercayaan kamu terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kepada pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura-ura mengatakan tentang pasanganmu disana, siasatlah dahulu
Photobucket Sentiasa Bertanya Khabar
- Dalam sehari, hantarlah mesej kepadanya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bahwa kita disini tidak sesekali melupakannya
Photobucket Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yang sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kadang-kadang sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, jangan cepat marah. Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yang dilakukannya. Lagipun bukan selalu dia tidak dapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu sahaja asyik sibuk dan jarang melayan kita, jangan syak apa-apa dahulu, siasatlah seperti bertanya pada rakan-rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.
Photobucket Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh tidak boleh bergurau senda sperti pasangan dekat?, boleh sahaja. Ambillah masa berbual dengan pasanganmu, ceritalah hal-hal yang melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama-sama, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar
Photobucket Bertukar Hadiah
-Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yang cantik, tak salah anda membelinya dan menghadiahkannya kepada pasanganmu, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun sebatang pen, ini menunujukkan anda juga juga seorang yang pandai menghargai.
Photobucket Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yang ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu kerana bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya tidak stabil dan suka marah-marah atau naik angin walaupun hal kecil. Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah-marah tak tentu pasal tidaklah anda syak bukan-bukan kerana anda tahu masa-masa macamtu emosi sidia tidak stabil. Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu untuk menglakkan salah faham.
Photobucket Gunakan Kelebihan IT
- Sekarang zaman moden, macam-macam jaringan komunikasi dan sosial ada seperti internet, facebook, myspace, skyfrens, dan sebagainya. Tak salah anda berdua berbalas email atau chatting si intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati
Photobucket Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dengan adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit
Photobucket Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya untuk mengetahui keadaan pasanganmu, ini akan mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu. Dan mungkin lebih teruk lagi dikhuatiri temannya jatuh cinta padamu lalu untuk mendapatkanmu, maka dia akan buat sesuatu yang bodoh.


Photobucket hope korang dapat la doakan kitorang, semoga disatukan, bahagia ke anak cucu. doakan la kitorang semoga cepat kahwin. :D .. kitorang pun tgh rancang nak tunang. Insyaallah..semoga semua nye berjalan seperti yang dirancang. Amin.....
*to Photobucketsyahril khairunnizam- jage hubungan kite ni baik2 okey.Photobucket u bubu. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...