PhotobucketCan U Feel My HeartbeatPhotobucket

Tuesday 11 October 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU..


Andainya lelaki tahu  Apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .


Andainya lelaki tahu
 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu .


Andainya lelaki tahu
 
Apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah , itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu .


Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh 

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku .


Andainya lelaki tahu
 
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .


Andainya lelaki tahu
 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik
bukan untuk dirinya
tetapi untuk masa depan anda .


Andai lelaki tahu
 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian .



Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya 

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda .


Andai lelaki tahu
 
Apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai .


Andai lelaki tahu

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .


Andai lelaki tahu
 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu
dia benar benar maksudkannya
Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain di mata .


Andai lelaki tahu
 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu
jangan percaya kata katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya .


Selagi dia dengan kamu , percayalah 

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik .


Andai lelaki tahu
 
Apabila perempuan menjadi degil
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya .


Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut 

Andai kena caranya
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .


Andai lelaki tahu
 
Apabila perempuan berkata
“tolong tinggalkan saya!”
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja .


Apabila dia kembali tenang 

percayalah dia akan mencari anda semula
Itu tandanya dia benar benar menyintai anda
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan
Dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda .


Andai lelaki tahu
 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali 

Di sebalik air matanya
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya .


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 

tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya .


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak anak anda .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...