PhotobucketCan U Feel My HeartbeatPhotobucket

Monday 24 October 2011

cinta jarak jauh ......



siapa kate hubungan jarak jauh atau dalam bahasa englishnye long distance relationship ni susah..xthn lame.. zaman skang dah modern. makin ramai yang bercinta ala2 jarak jauh ni. lagi2 pulak tambah ngn teknologi skang. xkisah la melalui internet ke, handphone ke,surat ke...memg dah xjadi masalah dah. nak dating pun bley, buka skype or ym. nampak muke buah hati. kalau nak hantar hadiah, arini hantar, esok dah sampai. sume nye ade kemudahan. sape kate xboleh borak lelame, skang zaman teknologi..dah xde istilah syg kredit hp. mcm2 pelan ade skang. yg cam aq guna ni, pelan digi easy prepaid. PERCUMA msg dan call. sepanjang hari. hah, hambek kau! call sampai pengsan pun bley. bape lame nak call, call la. hehe. sbenanye aq slh sorg yg menjalani hubungan jarak jauh ni....kitorang kenal dari 2005, kenal pun melalui 'manga kreko'..ms2 aq masih skolah menengah lg..sampaila skang,2011 still couple lg. nak jumpe memg payah. staun skali je jumpe.. sape kate xbest?? best tau lame2 xjumpe, pas2 bile jumpe memg lepas sume hazab rindu2. hehe. bf aq orang sabah, aq lak org johor..kalau nk jumpe tu memg kena kumpul wet bli tiket flight la...so far so gud. slame bercinta dekat 6taun lebih ni, xdela kitorg rase boring....sama skali xpenah. kalau gaduh2 kecik tu adelah. adat la kan... paling penting dlm hubungan jarak jauh ni adelah kepercayaan. tu paling penting. setia pun penting jugak.kalau korang ley handle cinta jarak jauh ni......siyes aq cakap. seronok weh...best!

ni lah jauh nye hubungan kami. xdelah jauh mane. ukur ngn pembaris, bape cm je pun.haha


kat sini ade beberape tips utk korg yang alami cinta jarak jauh cam kitorg ni....

PhotobucketJujur
-Sikap ini perlu ada dalam pasangan masing-masing, kerana kejujuran itulah pendinding kepada hubungan korang.
Photobucket Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap orang lain boleh mengugat kepercayaan kamu terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kepada pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura-ura mengatakan tentang pasanganmu disana, siasatlah dahulu
Photobucket Sentiasa Bertanya Khabar
- Dalam sehari, hantarlah mesej kepadanya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bahwa kita disini tidak sesekali melupakannya
Photobucket Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yang sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kadang-kadang sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, jangan cepat marah. Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yang dilakukannya. Lagipun bukan selalu dia tidak dapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu sahaja asyik sibuk dan jarang melayan kita, jangan syak apa-apa dahulu, siasatlah seperti bertanya pada rakan-rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.
Photobucket Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh tidak boleh bergurau senda sperti pasangan dekat?, boleh sahaja. Ambillah masa berbual dengan pasanganmu, ceritalah hal-hal yang melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama-sama, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar
Photobucket Bertukar Hadiah
-Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yang cantik, tak salah anda membelinya dan menghadiahkannya kepada pasanganmu, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun sebatang pen, ini menunujukkan anda juga juga seorang yang pandai menghargai.
Photobucket Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yang ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu kerana bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya tidak stabil dan suka marah-marah atau naik angin walaupun hal kecil. Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah-marah tak tentu pasal tidaklah anda syak bukan-bukan kerana anda tahu masa-masa macamtu emosi sidia tidak stabil. Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu untuk menglakkan salah faham.
Photobucket Gunakan Kelebihan IT
- Sekarang zaman moden, macam-macam jaringan komunikasi dan sosial ada seperti internet, facebook, myspace, skyfrens, dan sebagainya. Tak salah anda berdua berbalas email atau chatting si intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati
Photobucket Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dengan adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit
Photobucket Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya untuk mengetahui keadaan pasanganmu, ini akan mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu. Dan mungkin lebih teruk lagi dikhuatiri temannya jatuh cinta padamu lalu untuk mendapatkanmu, maka dia akan buat sesuatu yang bodoh.


Photobucket hope korang dapat la doakan kitorang, semoga disatukan, bahagia ke anak cucu. doakan la kitorang semoga cepat kahwin. :D .. kitorang pun tgh rancang nak tunang. Insyaallah..semoga semua nye berjalan seperti yang dirancang. Amin.....
*to Photobucketsyahril khairunnizam- jage hubungan kite ni baik2 okey.Photobucket u bubu. 







3 comments:

  1. awaak memang sweet larhh , ,hope kekal sampai anak cucu . .HEHE !

    ReplyDelete
  2. salam.. terbace blog awak..rasenye macam kenal bf awak tu.. satu kelas time mrsm kch...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...